September 09, 2007

Sayembara peribadi

Sayembara peribadi

timbul kemahuan untuk beregata pena kreatif. satu sayembara puisi atau lirik peribadi selama 24 jam. tujuannya ialah menguji kedalaman kotak ilham saya. saya ingin acara ini diadakan di the arts house pada hujung tahun ini. setiap puisi dan lirik yang i hasilkan boleh digunakan oleh para seniman untuk dijadikan modal persembahan berbentuk nyanyian dan sebagainya. kalau ada rok band yang suka alangkah baiknya!

 

saya akan namakannya regata cinta - sempena satu perjalanan yang jauh. cinta saya pada penulisan kreatif akan saya uji.

Regata Cinta


Monsoon tenggara cinta kita harungi
angkat sauh jiwa kita layari
bersama lagi berperahu
menyusuri selat dan tanjung kasih
dalam regata cinta

terlipur dibuai badai
dengan senyum dengan tawa
degup debaran rasa
dalam paduan cinta

seketika terbena tak tersangka
ombak gadang meradang 
di nautika ini terluncur sepasang kekasih
tak berdebur di perut segara

Regata cinta pendombaan
Regata cinta mengejar piala
Regata cinta bukan untuk pencinta
yang amatur
Regata cinta jauh perjalanannya

Sementara

 

 

sementara dari album 'Cradle 7' yang berjudul 'Ceritera Awan dan Banjaran'

memang panjang judul album terbaru 'Cradle7'. saya berkesempatan dan bertuah kerana terlibat sama dalam pembikinan album ini dalam segi penulisan lirik. akhirnya tercapai juga impian saya untuk menjadi seorang penulis lirik bagi sebuah band rok. dulu saya minat sweet charity. saya simpan hasrat untuk menulis lirik untuk ramli sarip tetapi tidak kesampaian. mengapa?

ada 4 sebab sesuatu berlaku

  1. usaha - kita harus berusaha
  2. doa - kita harus berdoa
  3. modal - kita mesti ada modal baik dari segi kewangan atau bakat
  4. ???

saya sedar saya gagal dengan ramli sarip kerana saya tidak ada aspek ke empat. dengan 'Cradle 7' saya mempunyainya - iaitu rangkaian atau 'network'. rangkaian penting untuk menghubungkan kita dan memberi kepercayaan kepada pihak yang mahu melibatkan kita. jika anda mempunyai 3 aspek di atas, carilah rangkaian. SEMENTARA itu nikmatilah video klip lagu 'sementara' yang dipersembahkan oleh 'Cradle 7' sempena pelancaran album mereka di Singapore Expo pada 9.9.07.

Klik di sini>> 

Positif sahaja tidak cukup

 

perbezaan antara sikap positif dengan 'tentu buat'

sikap positif memang hebat tetapi tidak sehebat sikap 'tentu buat'. yang kedua lebih berkuasa kerana anda beranggapan bahawa apa sahaja yang anda ucapkan dan lakukan akan bermula dengan 'tentu buat' dan 'tentu boleh' sungguhpun keadaan sebenarnya tidak mengizinkan.

tentu boleh

merumus rancangan

merumus tindak balas

berbentuk positif

kerana ianya bukan omongan percuma

ianya pengisytiharan

pada dunia bahawasanya

tiap tanya mereka

tiap jangka mereka

format  jawabannmu tetap sama

'tentu boleh' cuma 

September 06, 2007

Suntikan BCG 2 - Sambungan 'Di sebelah saje!'

kadangkala kita rasakan masalah yang kita hadapi amat berat atau tinggi menggunung sehingga kita tidak berdaya mendakinya. selanjutnya, kita menjadi muram dan membiarkan masalah tersebut membelenggu kita. dalam keadaan ini kita tidak sedar bahawa masalah menjadikan pemikiran kita negatif. apabila pemikiran kita menjadi negatif, sikap dan sifat kita juga ikut sama menjadi negatif. oleh itu, sebaik-baiknya kita tidak harus membenarkan masalah menjejasi pemikiran kita kerana pemikiran kita ialah pusat perancangan dan tindakan. pusat penting ini harus sentiasa aktif dan positif. pusat perancangan dan tindakan menentukan segala-galanya. jika ianya negatif, tidak ada perancangan antau tindakan yang terdaya dilaksanakan! justeru, biar sebesar manapun masalah yang kita hadapi, kita harus kekalkan positiviti. untuk kekal positiv kita harus mempelajari cara-caranya. saya belajar daripada jeffrey gitomer. beliau guru motivasi saya.

nantikan suntikan bcg selanjutnya. 

Suntikan BCG 1 - Di sebelah saje!

 

"jalan keluar di sebelah saje!" senyuman ikoniknya terukir.

othman hamzah lah yang mengajar saya tentang satu cara menyelesaikan masalah yang rumit. menurut beliau jalan keluar ada di sebelah kita. pada mulanya saya berasa bingung. jelas othman lagi, andai kita menghadapi masalah, baik sekiranya kita tidak merahsiakan masalah tersebut dari pengetahuan orang-orang yang terdekat yang kita percayai seperti anggota keluarga atau kawan-kawan. lebih ramai orang yang tahu tentang masalah kita, lebih banyak jalan keluar yang akan disarankan. ingat, kata beliau, jangan beritahu semua orang. kita harus bijak memilih. pilihlah orang-orang yang anda rasa mempunyai pengalaman. anda perlukan pengalaman sebenar yang telah berjaya mengatasi masalah yang sama. menurut othman, ramai orang yang menghadapi masalah yang sama. ada yang telah berjaya mengatasinya. inilah individu-individu yang ingin kita rujuki.  

nantikan suntikan bcg selanjutnya. 

Permintaan pelajar

dua orang pelajar mengesyorkan agar saya menulis buku panduan untuk remaja kerana mereka sukakan pengalaman-pengalaman hidup yang saya kongsi bersama mereka. entah mengapa saya rasa berat untuk menulisnya? mungkin kerana saya kesibukan dan tidak dapat tumpukan perhatian pada perkara tersebut. dua minggu selepas itu, mereka menyerahkan kepada saya beberapa bab buku panduan untuk remaja yang mereka hasilkan sendiri! saya begitu bangga dengan usaha mereka. baiklah saya akan mula menulis BCG.

Sikap Positif

bagi saya mencari, membina dan menyimpan sikap yang positif amat penting bagi setiap pelajar. anda menjadi apa yang anda fikirkan sepanjang hari. pemikiran disebalik ucapan anda yang membentuk sikap anda. jika anda fikirkan tentang masalah sepanjang hari anda akan bermuram. jika anda fikirkan peluang sepanjang hari anda akan berasa beruntung. jadi apakah itu sikap yang positif?

dedikasi

yang kau fikir

yang kau bentuk

daripada pemikiran 

daripada angan

bagi sikap yang negatif takrifannya sama seperti di atas.

meluaskan kesempitan hidup 

kita seharusnya meluaskan cara pemikiran  dan pemikiran kita. tegakkan keyakinan. bayangkan diri anda yang ideal (positif) yang anda angankan di mana-mana. di sepanjang masa. untuk berfikiran yang anda boleh, bina kuasa yang membolehkannya - orison swett marden
(1850-1924).

tahukah anda?

di permulaan apa sahaja tugasan, lebih daripada apa saja, sikap andalah yang akan menentukan hasil kejayaan. - jeffrey gitomer.

 

Merlion

 

The Merlion

hard to understand
something so silly
is the pride of a city
so small yet pulsative
so far yet endearing

the scales
the mane
so absurd

it's a statue yet a fountain
it's a virtue so uncertain

and old man
fisherman by the day
cried in dismay
no longer can he fish
not even when he wishes

the merlion rules
the river it posesses
the city is obsessed
itself a hybrid

diam tak diam saya dah menghasilkan beberapa puisi dalam bentuk puisi dan lirik. 'The Merlion' salah satu daripadanya.